Friday, September 26, 2008

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Apakah pilihan peniaga selain dari mengikut rentak para pemimpin?

PENIAGA DIMINTA TURUN HARGA BARANG, Utusan Online - 26 September 2008

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata,

Para peniaga diminta prihatin kepada keperluan rakyat dengan menurunkan harga barang ketika mempunyai peluang dan ruang untuk berbuat demikian. - Saya kata "Apabila harga sweet crude pada USD125, harga minyak kita diubah dari RM1.92 ke RM2.70. Kini pada harga sweet crude dibawah paras USD110, harga minyak kita berada pada paras RM2.45."

Menteri Kewangan Kedua, peniaga pada masa sama digesa agar tidak menaikkan harga secara sebarangan. - Saya kata "Apabila harga sweet crude pada USD125, harga minyak kita diubah dari RM1.92 ke RM2.70. Kini pada harga sweet crude dibawah paras USD110, harga minyak kita berada pada paras RM2.45."

''Harga ini bila sudah naik, sukar untuk turun semula, mungkin ada sebab yang munasabah (untuk tidak turunkan harga) sebab harga barang lain telah naik. - Saya kata "Apabila harga sweet crude pada USD125, harga minyak kita diubah dari RM1.92 ke RM2.70. Kini pada harga sweet crude dibawah paras USD110, harga minyak kita berada pada paras RM2.45."

Menteri Kewangan yang baru tak ada komen apa-apa ke?

2 comments:

Brahim Nyior said...

Salam,

Saya link saudara ke blog saya.

Bagaimana dengan pasaran saham? merudum tanpa henti lagi, Wall Street pun kacau bilau.

Harapan sekarang pada Najib,.. bolehkah? takut Rosmah yang tentukan boleh atau tak boleh Najib buat sesuatu..

sawit futures trader said...

Saya jangkakan mesyuarat yang Najib buat masa baru jadi Menteri Kewangan tempohari, laporan yang diterimanya hanya sekadar halwa telinga.

Selagi dia belum dapat laporan yang tepat, Najib tidak akan dapat buat keputusan yang baik walaupun jika dia mahu. Rombakan orang disekeliling dalam MoF perlu dibuat terdahulu dan akan dinanti-nantikan.

Namun kali ini tidak semudah 1998. Pada 1998, tambat sahaja RM sudah selesai separuh masalah. Kali ini lain. Komposisi eksport kita banyak ke negara yang ekonominya terganggu berikutan jangkitan dari penyakit ekonomi US. Manakala pengeluaran sumber makanan dalam negara agak lemah. Penurunan nilai RM, minyak mentah dan sawit banyak menjejas pendapatan negara.