Thursday, October 16, 2008

INGIN TAHU DAN AMBIL TAHU TENTANG EKONOMI NEGARA

Saya jangkakan, jika tiada urus-kerja yang konstruktif dalam isu ekonomi pada tahun ini, tahun depan kita semua akan merana.

Sepatutnya semasa isu sub-prime mula meletus di US dulu lagi kita telah ambil tindakan.

Bagi yang berpendapat kita masih boleh ambil sikap tunggu dan lihat, saya tidak dapat bersetuju dengan anda.

Data terkini:
DJIA (semalam) - 8,577 mata (jatuh 733.08 mata atau 7.87%)

DJIA futures (terkini) - 8,504 mata (jatuh 858 mata atau 9.16%)

BSKL (terkini) - 914.92 mata (jatuh 34.96 mata atau 3.68%)

Sweet Light Crude (terkini) - USD73.24 (Sila semak, baru semalam baru saya berikan data yang harganya di sekitar USD78 ke USD85)

Sawit futures (terkini) - RM1,648 (jatuh RM103 atau 5.89%).

Nota :
1.DJIA adalah indeks bagi saham di US. Pergerakannya mempengaruhi SEMUA pergerakan indeks saham utama diseluruh dunia (termasuk Malaysia).

2.DJIA futures adalah pasaran hadapan bagi DJIA. Pasaran ini berjalan semasa pasaran US ditutup dan bermakna ia bergerak pada malam hari di sana (siang di Malaysia). Ia menggambarkan sentimen pasaran saham US selepas bursa saham US ditutup. Memandangkan ia berjalan semasa BSKL berjalan, ia juga rujukan utama.

3.BSKL adalah bursa saham di Malaysia. Nama sebenarnya terkini adalah Bursa Derivatives Securities Berhad (diniagakan di pasaran saham) tetapi BSKL adalah lebih sinonim. Pergerakkannya menunjukkan reaksi komuniti perniagaan kepada prospek perniagaan di Malaysia.

4.Sweet Light Crude adalah merujuk kepada pasaran minyak dunia (diniagakan di US). Permintaan dan penawarannya adalah bergantung kepada kepenggunaan dalam sektor pengilangan dan konsumer di seluruh dunia sekaligus menjadi satu lagi indikasi kepada prospek ekonomi di seluruh dunia.

5.Sawit futures mempunyai penawaran dan permintaan yang sama dengan pasaran sawit fizikal. Justeru pergerakan harga sawit futures dan sawit yang sebenar adalah seiring. Sebagai antara komoditi yang memberikan sumber pendapatan yang besar, baik kepada kerajaan, sektor perladangan t(ladang dan pengekspor) mahupun pekebun kecil, pergerakan harganya memberi impak yang ketara kepada ekonomi negara.

Pemerhatian kepada 5 indikator ini adalah pemerhatian mudah dan ringkas bagi membaca suasana ekonomi negara. Maklumatnya banyak terdapat di internet untuk semakan dari masa ke semasa. Banyak lagi indikator lain tetapi yang disenaraikan ini sudah mencukupi sebagai asas.

Tidak perlu belajar ekonomi untuk "membaca" situasi sebenar ekonomi negara. Yang penting hanya sikap ingin tahu dan ambil tahu.

Diharap, pembaca semua dapat berhujah dengan lebih baik dengan debat yang lebih berisi.

4 comments:

TICO said...

terima kasih atas penerangan ini. Bertambahlah sedikit banyak pengetahuan ekonomi saya.

Anonymous said...

salam sdr sft,

saya singgah semata2 utk mencatatkan penghargaan terhadap komen2 bernas sdr yg saya sering baca di blog tok scribe.

selain drp cara sdr mengatur buah fikiran dan hujah, isi kandungan komen sdr sentiasa membuka minda dan jelas tidak dibuat semata2 utk mendengar kata2 sendiri atau melepaskan geram seperti kebanyakan pengomen lain.

blog tok scribe menjadi antara blog malaysia singgahan utama saya kerana saya amat berminat utk memperbaik penguasaan bm saya.

gaya penulisan akj yg kemas berisi, namun ringkas dan tidak berbunga2, serta penyampaiannya yg bebas kemiringan emosi, amat menarik pada saya. impian saya ialah utk dapat menulis begitu dlm bahasa ibunda sendiri.

justeru itu, apabila betembung dgn penulisan sdr yg tidak kurang canggihnya -- dgn keselesaan mengulas perkara teknikal dgn bahasa yg tepat dan teliti -- saya rasa dua kali bertuah.

saya tidak berkeupayaan utk menyumbang komen ttg ekonomi dsb dlm bm, baik di sini atau di blog akj, kerana pincang istilah dan penguasaan kata. tetapi itu tidak akan menghalang saya drp menikmati penulisan dan blog sdr utk meraih faedah drpnya. terima kasih sekali lagi.

selamat berpena!

Anonymous said...

Informations on FKLI and FCPO

http://www.bursatradingideas.com

sawit futures trader said...

This blog, originally, was not intended for any investment matters.

Since somebody ask, I will pen in my opinion briefly.

FKLI :

I will expect a tough year in 2009. Tough in the sense that volume may not be as abundant as before. Volume translates into volatility and that we are lacking at the moment.

It's big brother, the KLCI, is very much still in consolidation (or should I say going into hybernation?). Funds went home to where ever they came from. While locally, consumers and business alike are holding back their cash due to grey prospects and tightening credit terms.

The hopes were not high due to the blunder in EPF-Valuecap exercise. The package was put forward in conjuction to China's economic stimulus plan. We were hoping to riding their wave. And yet, painly discovered later, China's stimulus plan only provide a ripple to most asian market, including Malaysia.

There will be an Obama Package in 2009. Everybody in authority has their finger cross that it will make a tsunami across the globe.

And yet, ironically, this will lay out the idea that Malaysia are still very much dependant to outside economic force, regardless of the much much hyped phrase "Malaysia is strong fundamentally".

I will recommend this. Watch the margin rate imposed by Bursa Malaysia.

If margin remain low, that will indicate a simple deduction of low volume. This type of market need a touch and go approach.

Only really major changes locally may bring the indexes higher.

FCPO :
The policy of less production by Malaysia and Indonesia may have help FCPO from falling down further.

But the consolidation is not over. Personally, I am expecting FCPO to drop below 1300 in the first quarter of 2009 before easing up back to a year average price of RM1600 - RM2000.

As a basic food product, CPO will always enjoy a good demand from consumers. Nevertheless, we should be aware of US reputation as a spender in subsidising their commodity industry, aspecially bean oil and corn oil.

As for CPO correlation with bio-diesel and bio-fuel, it is no more since crude oil has become cheaper.

Value of RM and USD may also be a factor to watch. Combined, Malaysia and Indonesia may offer 90% (or is it 95%?) of world CPO production but the bulk of it are not consumed locally.

Yes, it is a tricky market in 2009. Trend can still be a friend, but risk must be manage with better care and attention. Aspecially when Bursa Malaysia, sadly (in my opinion), prefer to maintain margin at high for FCPO, regardless of volatility.

Note : I had always hope, anybody asking a big question with such short sentence, such as our dear anonymous, could introduce yourself better. But then, maybe, it's just me.