Wednesday, March 18, 2009

TANAH PALESTIN VS TANAH ISRAEL

Saya menjumpai rajah berikut dari blog http://www.futurefastforward.com/geopolitical-analysis/1223-posted-by-administrator yang ingin saya kongsikan di sini.

Monday, January 19, 2009

KOMEN KEPUTUSAN PRK 036 DI BLOG "THE SCRIBE A KADIR JASIN"

Salam Dato',

Secara tidak langsung, Dato' telah menjelaskan kenapa semakin tidak ramai yang mahu bersumberkan MSM.

Dato' juga kata, "Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil."

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak terlalu cerewet. Dua perkara yang Dato' sebut itu iaitu jaga kualiti calon dan tangani isu tempatan. Ini sahaja yang perlu diberikan kepada pengundi.

Walaupun nampak Najib gagal tapi itu bukan isu asas. Lebih tepat lagi Najib dilihat belum keluar dari bayang-bayang Pak Lah apabila Wan Ahmad Farid dicalonkan.

Satu yang tidak disentuh Dato' ialah sokongan MCA dan Gerakan yang separuh jalan dan sokongan MIC yang tidak berjalan.

Nak benar-benar tahu samada BN sudah berubah atau tidak, kita tunggu laporan post-mortem BN.

Harap-harap tidak ada lagi sikap "denial".

p/s Di Permatang Pauh, DAP dan PAS sudah berkempen untuk PKR. Di KT, PKR dan DAP sudah berkempen untuk PAS. Bukan mengharapkan sesiapa mati, cuma teringin nak tengok bagaimana keadaan apabila PKR dan PAS berkempen untuk calon DAP. Terutama kempen PAS untuk DAP. Baru lengkap kita tengok sejauh mana keteguhan PR.


Salam Dato',

Masih ada yang percaya bahawa BN kalah bukan kerana PR kuat tetapi kerana BN lemah.

Jelas, jika ini juga nada post mortem BN seperti sejurus selepas PRU12 tempohari, BN akan kekal sebagai pihak yang lemah.

Mereka percaya PR adalah lemah, "malangnya" BN lebih lemah. Pelik bukan bunyinya?

Maka selama beberapa bulan ini, BN mencuba "rebranding campaign" dengan menunjukkan kononnya PR adalah lebih lemah dari yang disangka umum. Sekaligus cuba menonjolkan bahawa BN tidak selemah yang disangka.

Kerana sikap masuk bakul angkat sendiri itulah, "rebranding campaign" itu tidak menyelesaikan isu-isu pokok.

Jika BN membuang kesombongan mereka dan menerima hakikat bahawa BN lemah dan PR kuat, tentu nada "rebranding campaign" itu akan berbeza, tak gitu?

Jika jujur, tentunya "rebranding campaign" itu akan juga mengambil kira "physical rebranding" dan bukan sekadar "perception rebranding" semata-mata.

Cara mudah untuk melihat, saya bagi contoh.

Minyak naik mendadak 78sen seliter. Apabila turun, sedikit-sedikit. Tak pula merangkumi gas masak, kadar elektrik dan lain-lain yang berkaitan.

Malangnya apabila sudah tentu bakal PM dinobatkan, perkara sama masih kekal dalam amalan.

Dan apabila tampak seolah-olah pasaran dunia seperti mahu kekal menjunam, apa perbincangan pertama yang diketengahkan BN?

YA, MEREKA MAHU MEMBINCANGKAN TENTANG HARGA LANTAI MINYAK PULA!

Itu belum cerita lain. Perlu ke saya senaraikan?

Kaedah pemilihan calun cawangan, bahagian dan di Perhimpunan Agung yang sama, barisan kabinet yang tidak banyak beza, dan tentunya cara kerja yang sama baik dalam isu nasional mahupun dalam menangani isu pembangkang atau rakyat.

Mana "reform" nya?

Sejak selesai PRU12, apa perubahan KETARA yang dibuat oleh BN yang boleh mengubah selera pengundi? Ada sesiapa yang boleh senaraikan? Yang pastinya, dalam kajang senarai saya, kosong!

Anda boleh memberi apa saja nama kepada PAS, PKR atau DAP. Jelasnya bila PRK berlangsung, jelas mereka dilihat sama-sama berganding bahu.

Dan pengundi dapat "relate" diri mereka dengan hujah dan pendekatan yang dibawa PAS, PKR dan DAP dalam isu tempatan dan nasional.

Menyatakan PAS, PKR dan DAP sekadar talam dua muka dengan agenda tersembunyi masing-masing, sekadar menunding jari mengatakan pengundi mudah ditipu.

Tunding jari kepada semua orang melainkan diri sendiri. Bukankah itu sombong namanya.

Sekali lagi, saya katakan jangan masuk bakul angkat sendiri.

Ukurlah baju dibadan sendiri.

Malah setakat ini, belum ada yang memberi komen balas apabila saya mengenengahkan isu sokongan MIC, MCA dan Gerakan dalam PRK36.

Bukan sekadar rumahtangga UMNO, rumahtangga BN pun dilihat goyah. Pengundi bijak menilai, meskipun dengan ulitan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain.

p/s ada yang mula membaca MSM dengan cara terbalik. Tajuk kata, "EKONOMI KUKUH" ditafsir sebagai ekonomi goyang. "NAJIB GANTI PAK LAH" ditafsir sebagai Pak Lah akan kekal kerusi PM.